Bermula di sini...Berakhir di sini~~~~~Kehidupanku di sini bersama watak-watak utama MrCho selaku suami, Najmi selaku abang, Hanna selaku kakak dan Qaireen selaku adik....
Tuesday, October 2, 2012
Anak dan Phone
Dari tadi asyik la tangan ni duk tekan delete tekan delete sebabnya termati idea tiba-tiba...
Time masa tak sesuai nak menulis banyak plak idea mencurah-curah. Bila dah masuk new post tak tahu nak cerita apa.
Cerita tak ada poin boleh la. Setakat merapu meraban tu tak ada problem tapi syok ke orang baca? Kebelakangan ni sepi sangat dah blog ni. Sekarang ni tak tahu dah nak cerita apa. Teks je boring gak mesti nak bergambar baru ceria. Masalahnya banyak kejadian dah tak bergambar. Anak3 aku ni la. Pantang...pantang sungguh nampak phone. Bagaikan ada hantu merasuk, tak paham haku apa bestnya main game ni. Bukan kedekut nak bagi anak main phone, yang tak tahannya berebut. Dh bagi satu sorang tapi kejap je. Bila yang ni tengok yang ni main game ni, dia plak nak yang ni, yang ni tak bagi mula la gaduh rebut-rebut. Najmi selalu kena mengalah tapi kesian menangis jejeh-jejeh air mata. Hanna ngan Qaireen, no! Rebut sampai dapat kalau mak bapak tak halang. Tak tahan, now tepon sorok bila diaorg ada sekali. Merasa la sesapa call tak berjawab and sms berjam baru reply. Ada tu pagi sms, petang baru reply...hehehe..kalau yang call aku dapat la juga dengar suara orang batuk. Ada juga ingat aku tengah nazak sebab ada bunyi batuk kronik..aku pun tak tahu macam mana boleh ada sound efek tu bila aku fak jawab call. Dah call maxis ngadu, maxis pun hilang punca nak solve!
Jadi sekarang apa kejadian memang tak leh rakam sebab akan jadi rasukan pulak kalau nampak phone. Tunggu MrCho hadiahkan DSLR la baru kita bergambar sakan. #%&*%#&
Tetiba aku rasa apa benda ntah aku cerita...
Qaireen dah pandai cakap susun ayat. Comei je dengar dia cakap. Paling terer bila mengadu kena pukul dengan kakak la. Siap dwngan muka dengan harapan kakak kena marah..kelakar! Hafal lagu raya anuar elina. Dah habis raya pun dalam kete duk ulang lagu sama...adoiii..
Supaya diaorang tak boring kat rumah sebab tak bagi main tepon, MrCho membeli cd cerita boboiboy. Hambek ko aku pun dah kenal watak yaya, gopal, jay, tok aba semua tu...
Dua tiga hari lepas pulak dia beli cerita rapunzel tu. Aku pun kena hadap tu. Semalam suh MrCho keluarkan tv lama tu aku nak tengok tv. Dah lama tak tengok tv sejak kami lancarkan slogan katakan tidak pada astro...hehe, skrin kecik pun kecik la daripada duk ulang cerita sama boboiboy ngan rapunzel tu...
Kahkahkah, terpanjang plak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment