Bila aku baca kisah2 sedih macam orang susah memerlukan pertolongan, terdetik dalam hati, kalau lah aku berduit a.k.a jutawan ke, nak je aku tolong orang2 berkenaan...tapi dari sudut hati lain plak macam kata, "ala, ko boleh kata macam tu sebab sah2 sekarang ko tak mampu. Cuba tengok, kalau ko betul2 jutawan, masih lagi ke hati ko semurah itu?" Haishh..
Jujurnya aku tak mahu menjadi orang kaya dengan duit melimpah ruah kerana aku takut aku RIAK. Cukuplah sekadar menjadi orang yang mampu dan sentiasa insaf dengan kesusahan orang lain. Serius, aku tak boleh tengok atau baca penderitaan orang termasuk bayi2 yang dibuang. Konfem air mata aku keluar membuak2...penyakit apa ntah!
No comments:
Post a Comment