Monday, January 24, 2011

Hari ni habiskan masa kat luar...sikit2 shoping untuk CNY. Kami ke tempat biasa IOI MALL. Jalan2 kat sana, lepak KFC, McD...Masa nak balik MrCho melencong ke Shah Alam dan kami makan malam di Restoran Mukmin (tempat favourite MrCho), restoran cina muslim. Sedap makanan kat situ...
Jom layan gambar....

                                                    udang butter nestum + baby kailan ikan masin

                                                    daging hotplate..palingggg sedappp

                                                    sup sayur + lala lak chi

aku paling banyak makan...
   

Friday, January 21, 2011

Gas abissss....

Semalam cuti Thaipusam. Aku je cuti, MrCho kerja. So, aku kena la jadi suri rumah...tengah duk kelentang-kelentung nak masak, baru tumis bawang nak goreng sayur, gas abis...adoiii, no tepon kedai x ada. Last2 makan je apa yang ada kami anak beranak...MrCho balik kerja 9.30 malam baru beli gas. Aku pun masaklah sesimple2nya..Pukul 10 lebih baru makan nasi...sadisss...

Apahal????

Aku cukup tak faham orang yang suka potong stim orang...Rasa nakkkkkkkkkkkk...........
Ke orang tu terlalu berterus terang? Atau orang tu jeles? Macam mana nak cerita...ah, tak payah cerita laaa...

Wednesday, January 19, 2011

Kalau Aku Jutawan

Bila aku baca kisah2 sedih macam orang susah memerlukan pertolongan, terdetik dalam hati, kalau lah aku berduit a.k.a jutawan ke, nak je aku tolong orang2 berkenaan...tapi dari sudut hati lain plak macam kata, "ala, ko boleh kata macam tu sebab sah2 sekarang ko tak mampu. Cuba tengok, kalau ko betul2 jutawan, masih lagi ke hati ko semurah itu?" Haishh..
Jujurnya aku tak mahu menjadi orang kaya dengan duit melimpah ruah kerana aku takut aku RIAK. Cukuplah sekadar menjadi orang yang mampu dan sentiasa insaf dengan kesusahan orang lain. Serius, aku tak boleh tengok atau baca penderitaan orang termasuk bayi2 yang dibuang. Konfem air mata aku keluar membuak2...penyakit apa ntah!

Bengang

Aku cukup menyampah dengan orang2 yang bekerjasama dengan aku yang takut untuk membuat keputusan. Semua kita yang kena decide. Then, bila suatu masa kemudian timbul kekeliruan atau ada kesalahan, dia akan cakap, eh, bukan dulu u cakap macam ni ke? Aku akan serta merta stress... Tapi kalau benda tu cemerlang, dan2 plak nk ke depan! Grrrrr...........

Mood sekarang: nak marah, tapi simpan dalam hati...

Tak apa esok cuti Thaipusam...:)

Friday, January 14, 2011

lalalala~~~~

Hari ni ada sesi photog. Aku jd model baju kurung n kebaya..wakaka..lawakssss...hmm apa yg lalalala nya? Tetiba tadi dapat cek. Eh, cek apa ni?? Tengok punya tengok, rupa2nya cek bonusss...terhepii sekejap! Walaupun ciput, aku bersyukur..namun ada juga orang yang tak bersyukur..itulah manusia..Bagi aku RM1 pun duit juga. Dalam kepala dah mencongak2 apa nak buat ngan duit bonus. Beli baju utk CNY anak kot! Tapi tu patutnya MrCho yang beli..eh, terbayang2 plak henbeg kat IOI Mall..lalala~~~apa pun, terima kasih boss...
Papa, malam ni nak makan apa?

Klik Me

Klik! Klik!